Friday, July 23, 2010

Kisah Pemuda Perantauan...

satu hari, seorang pemuda yang masih bujang, pergi ke surau, setelah berminggu-minggu tak pergi ke surau, kesan daripada cuti sebelum ini, yelah, masa cuti di rumah, jd budak baik, kalau boleh setiap waktu ibu bapa pemuda ini mahu anaknya ke sembahyang berjemaah di surau.

apabila tiba di surau, pemuda ini masuk ke dewan sembahyang, dan kebetulan mesyuarat AJK surau sedang berjalan, surau dipenuhi jemaah yang pemuda ini sendiri tidak biasa lihat atau lebih mudah memang tak pernah jumpa. setakat 5, 6 orang jemaah sahaja yang pemuda ini kenal.

pemuda ini duduk malu-malu kucing kerana sudah lama tak hadir solat berjemaah di situ, dan bila datang, ada mesyuarat AJK surau pula.

selang beberapa minit, mesyuarat tamat, pemuda ini menarik nafas lega, lantas pemuda ini bangun dengan machonya....bukkkkk!!!

Pinggang pemuda tersebut terkena tabung surau yang diperbuat daripada besi padu, pemudat tersebut mengaduh panjang, jemaah yang lain melihat pemuda tersebut, sambil tersenyum pahit, pemuda ini berpindah tempta duduk ke saf yang lebih hadapan.

kemudian seorang pakcik bersebelahan pemuda tersebut bertanya, "sakit tak?"

dengan selambanya pemuda ini menghadiahkan penampar setaraf kamen rider kepada pakcik itu kerana bertanyakan soalan yang amat bodoh itu.

pakcik itu berterabur segala gigi-giginya yang tinggal.

darah berlumuran di karpet surau.

Jemaah yang lain gempar. Semua kelam kabut dan tergamam atas tindakan pemuda itu.

pemuda itu ketawa dengan bongkaknya.

oh demm...semua itu hanya angan-angan pemuda perantaun. sambil dia tersenyum kelat, tgk pakcik yang bertanya soalan bodoh. dalam hati menyumpah menyeranah pakcik itu, berbunyi begini lebih kurang, dahlah dtg surau jarang-jarang, gelakkan aku plak tu...hampeh punye pakcik

pemuda tersebut tidak sedar, dia pon jarang-jarang juga datang surau...

selesai sahaja solat, kerana tak ingin menambah dosa untuk mnghadap pakcik itu sambil menambah dosa yang sudah sedia banyak.

kesimpulannya di sini...jaganlah kita gelak-gelakkan orang...hahhahaha

Friday, July 2, 2010

Maha Suci ALLAH

gambar ini diambil di SK Jelempok, Arau, Perlis
sekadar berkongsi...
:)